|
Nav4All Worldwide Mobile Phone Navigation and Tracking & Tracing TEKANKenyataan Akhbar Pendatang baru mencabar sistem pandu arah terkemuka. Untuk masa terdekat, percuma sepenuhnya... Pasaran untuk sistem pandu arah sering berubah. Pada mulanya, sistem panel muatan tersedia yang mahal menjadi terkenal, selepas itu TomTom dari Belanda meledak di pasaran dengan peralatan yang lebih ekonomikal dan mudah alih. TomTom dengan cepat menjadi terkenal dengan ramai pelabur. Selepas pengenalannya di pasaran, nilai syarikat itu melonjak tinggi. Dan kini, bukan sahaja TomTom, yang disenaraikan di bursa saham, malahan pelbagai penyedia sistem pandu arah lain kagum dengan sistem pandu arah yang lebih baik, lebih ekonomikal dan untuk masa terdekat, percuma: Nav4All. Pandu arah menggunakan telefon bimbit. Strategi Nav4All adalah sangat mudah: tiada perkakasan diperlukan, melainkan sebuah telefon bimbit dan penerima GPS. Sistem ini merangkumi personaliti kesederhanaan. Pengguna memilih destinasi dengan menggunakan telefon bimbit mereka. Kemudian, telefon bimbit menghubungi komputer utama, yang menentukan jadual perjalanan dalam beberapa saat lalu menghantarnya ke telefon bimbit itu. Pengembara kemudiannya boleh pergi ke destinasi kesukaan mereka. Peralatan yang diperlukan oleh ahli pandu arah moden ini hanyalah sebuah telefon bimbit dan sebuah penerima GPS, yang keseluruhannya tidah melebihi berat tambah kurang 150 gram. Dan untuk selebihnya, sistem baru ini adalah unggul dengan kesederhanaannya: arah perjalanan tidak digambarkan menggunakan peta yang kompleks, tetapi dengan satu anak panah mudah yang menunjukkan arah terus, pusing kanan dan masuk ke jalan berbilang-lorong (fungsi yang tidak terdapat pada banyak sistem lain). Satu separa bulatan pada garisan menunjukkan anda melalui satu bulatan jalan dan bergerak terus. Arahan adalah sangat mudah kerana pemandu tidak harus dialih perhatian. Lebih mudah dan jelas arahan tersebut, maka lebih baik kelihatannya. Malahan, apa-apa kerungsingan dan persoalan yang anda mungkin ada akan hilang kerana arahan yang kami berikan adalah sangat jelas dan mudah diikuti. Sebab itulah kesemua maklumat yang tidak diperlukan tidak dimasukkan. Jika terdapat jalan keluar 30 kilometer di hadapan, sistem tidak akan memberitahu anda, tetapi akan mengarah anda terus dengan tenang... Untuk pengguna yang tidak mahu melihat paparan tetapi mahu diarahkan dengan suara, Nav4All datang dengan 55 bahasa dan lebih daripada 100 suara berlainan. Di sini juga kesemua taktik telah diaplikasikan. Kesemua maklumat yang tidak diperlukan ditinggalkan; sistem hanya menyampaikan maklumat yang berkaitan. Kesederhanaan ulung. Tiada kos, tiada had Kebanyakan sistem-sistem pandu arah yang terkenal dihubungkan dengan perkakasan yang mahal, manakala langganan tahunan mereka adalah mahal. Dan bersertakan ini pengguna hanya diberikan kemudahan kegunaan yang terhad. Pencabar baru kepada sistem pandu arah yang telah bertapak tidak mempunyai kelemahan tersebut, memandangkan ramai pengguna telah pun mempunyai telefon bimbit. Sebuah penerima GPS adalah alat yang senang diperolehi dan mempunyai kelebihan, manakala tiada yuran langganan untuk masa terdekat sehingga 01-01-2010. Harapan adalah bahawa kos langganan selepas tempoh masa itu akan berada antara $0.50 sehingga tidak melebihi beberapa ringgit sebulan untuk liputan pandu arah seluruh dunia. Dan juga, langganan percuma adalah satu kemungkinan. Pengemaskinian sistem sedia ada. Pengguna TomTom, Wayfinder, Route 66, Activepilot, Co-pilot dan kesemua jenis sistem pandu arah lain boleh dengan mudah menikmati kemudahan yang diberikan oleh penyedia pandu arah terbaru ini. Perkakasan untuk penyedia yang lain boleh digunakan sebagai penerima Bluetooth GPS untuk sistem baru ini. Dengan menggunakan perisian Nav4All pengguna sistem 'lama' bukan sahaja mendapat kemaskinian maklumat jalan yang percuma, malahan mereka turut mendapat kemudahan liputan seluruh dunia untuk kegunaan mereka. Tidak dijual di kedai. Nav4All tidak dijual di kedai-kedai, yang sememangnya betul kerana ia tidak mempunyai apa-apa kos... Sistem pandu arah baru ini dapat dimuat turun dengan percuma daripada Internet atau dengan SMS yang diterima dari pengguna lain. Hanya sepekara yang diminta daripada pengguna iaitu mereka perlu mendaftar, dan telefon bimbit sekali lagi memainkan peranan utama. Misteri. Nav4All adalah sebuah usaha inisiatif Belanda. Tidak hairan, kerana sebagai bangsa pelaut yang pertama, orang Belanda dapat menyelesaikan misteri ufuk langit yang sentiasa berubah. Mereka telah membangunkan kemahiran pandu arah dan tahu cara untuk menyempurnakannya kepada seni yang ulung. Maka, tidak menjadi kebetulan bahawa syarikat-syarikat yang menyampaikan maklumat kartografi ke seluruh dunia yang mana digunakan oleh kesemua sistem pandu arah mempunyai usul asalnya di negara Belanda: TeleAtlas dan NAVTEQ, syarikat kedua itu ditubuhkan oleh syarikat Belanda, Philips. Nav4All menggunakan teknologi peta NAVTEQ. |
CONTACT |
TEKAN |
KEGUNAAN PROFFESIONAL | BERITA
PHONES | GPRS |
KENYATAAN PERIBADI |
SYARAT DAN PERATURAN | TERMS OF DELIVERY | ABOUT US
© 2010 Nav4All B.V. All rights reserved. | nav4all.com